Bermula dengan hukuman di tali gantung yang dikenakan ke atas seorang pemandu, Carlos menyimpan dendam menuntut keadilan. Seorang demi seorang yang menzalimi akan terpaku di mahkamah keadilan yang dicipta oleh Carlos sendiri. Dialah pendakwa raya dan dia jugalah hakim.
Bagi Carlos, peguambela sudah tidak perlu lagi kerana pendakwaan membawa erti kesalahan telah terbukti. Sesiapa yang diadilinya pasti akan menerima hukuman dengan sekali perbicaraan. Dan hukuman yang pasti ialah hukuman mati mandatori!

assalaamu'alaikum...
Kali ini saya nak berkongsi tentang novel thriller pertama yang saya pernah baca.Novel karya Ramlee Awang Murshid di atas antara hasil terbaik beliau yang pernah saya baca, mengisahkan seorang lelaki yang mengalami 'split personality' sehingga 5 watak dalam dirinya....akibat dendam kesumat sejak dari kecil, dia melakukan pembunuhan......
kisah bermula semasa dia berada di sekolah lagi, dimana bapanya yang bekerja sebagai seorang pemandu kepada seorang datuk telah dituduh membawa dadah di dalam kereta yang di pandunya....akibatnya dia di hukum gantung sampai mati oleh pihak mahkamah....
tetapi di sebalik kejadian itu ade kisah2 yang mencurigakan diri nya apabila kejadian bapanya di tuduh dan di gantung semua nya berteraskan di bawah satu konspirasi menjaga nama baik orang kenamaan tersebut.....

Merujuk kepada novel di atas lagi, oleh kerana dendam yang teramat, lelaki tersebut mencari pembunuh dan orang yang bersubahat mengkhuanati ayahnya.
Biasa berlaku dalam kehidupan sebenar, orang bawahan ditindas 'tangan-tangan yang kononnya berkuasa di dunia, tapi tidak sedar hakikat kehidupan.
Karya-karya Ramlee Awang Murshid bagi saya amat luar biasa sentuhannya. Jarang-jarang penulis di Malaysia berani mengetengahkan genre thriller kerana ia memerlukan penyelidikan serta banyak rujukan untuk menghasilkan karya yang berkualiti. Daya tahan yang kuat amat penting kerana kes-kes yang di rujuk serta isu-isu yang di ketengahkan biasanya bahan yang berat.
Saya amat mengalu-alukan pembaca yang mempunyai minat yang sama terutama sekali pengikut setia hasil tulisan Ramlee untk berkongsi bacaan mereka di sini.
No comments:
Post a Comment