Bertemu lagi, em, berbalik kepada tajuk, saya ingin melontarkan soalan kepada pengunjung, orang mukmin kena ada senjata ke?
Soalan di atas adalah soalan yang ditanya oleh adik lelaki saya ketika kami berbual seminggu yang lalu di daalm telefon em, sebelum tu kita analisis dulu soalan ni, kena atau tidak dengan konteks ayat.(budak bahasa....)
Sebenarnya amat penting bagi kita analisis dulu soalan yang di tanyakan kepada kita sebelum menjawab. Ini penting kerana dikhuatiri tidak menepati jawapan yang dikehendaki. n_n.
Bukan analisis semasa exam je, dalam kehidupan, perlu ada pemikiran sebegini. Kerana dalam percakapan, apa sahaja boleh berlaku, lebih-lebih lagi bila berlaku komunikasi antara lelaki dan wanita. Biasanya kesalah fahaman akan berlaku sewaktu di dalam meeting@perbincangan, betul tak? (tapi kalau ada soalan: nak makan tak? tak perlulah pikir seperti nak jawab exam n_n )
Di dalam hadith, Rasulullah S.A.W ada menyebut, doa' otak kepada ibadah, sedangkan maksud solat itu sendiri dari segi bahasa merujuk kepada kitab feqah, maksud solat = doa'.
Di sebut juga doa' senjata bagi mukmin.
Hidup manusia sememangnya kuat ikatannya dengan doa. Contohnya di saat keletihan, kita akan termengah-mengah, akan terbit rasa dahaga justeru apa ada dalam fikiran kita?
-baiknya jika didepan aku ada satu jag fresh orange-
Itu doa' kita di kala letih. tafsiran kepada letih itulah doa' kita. Kita mengkehendakkan sesuatu di saat memerlukan. Tapi sayangnya masih ramai yang lupa rupa-rupanya orang islam ada senjata yang ampuh, tapi tidak digunakan. Mereka ada qudrat untuk berdoa', solat, tapi mereka alpa.
Saudara-saudara di Palestin misalnya yabg sedang bertarung nyawa, pada setiap detik nafas mereka tidak pernah lekang daripada berdoa', khuatir, di panggil oleh Pemilik Nyawa bila-bila masa sahaja.
Saya ingin berkongsi dengan pembaca kunci untuk berdoa'. Kunci doa' adalah YAQIN.
KeYAQINan dalam jiwa bahawa ada yang mendengar doa' kita. YAQIN doa' akan dimakbulkan, cepat@lambat adalah urusan Allah.
Sejarah telah menyebut di dalam Perang Uhud bagaimana tentera islam yang hanya seramai 300 lebih boleh mengalahkan tentera kafir yang dikatakan sejumlah beribu banyaknya. Bagaimana mereka boleh menang dengan nisbah 1:3@ lebih?
Rahsia mereka ialah YAQIN dengan DOA'. Mereka bersangka baik dengan Allah.
Bagaimana hendak menang (doa') sedang diri penuh dengan noda? Bersihkan HATI, dan sentiasa kental untuk bertarung dengan nafsu bagi mendapatkan DOA' yang MUSTAJAB
Selamat beramal n_n
No comments:
Post a Comment