assalaamu'alaikum
Stress dengan assignment? duit biasiswa dah habis?
Sterss atau tension atau tegang adalah perasaan yang biasa dialami oleh manusia. Terutama zaman sekarang yang penuh dengan pacaroba dan masalah dalam memperjuangkan kehidupan samada kehidupan peribadi dan di tempat kerja.
Tahukan pembaca bahawa stress ini adalah salah satu punca kepada pelbagai penyakit. Dan yang paling merbahaya ialah penyakit mental. Jika tidak di tangani akan menjadi seperti virus dan memakan diri. Jadi stress ini mesti di hilangkan dan ditangani dengan segera kerana ia akan datang setiap hari kepada kita.
Kalau anda perasan di lebuh raya Malaysia ini terdapat papan iklan yang
"Saya bijak tangani stress".
Jadi saya ingin berkongsi sedikit tip macam mana nak tangani stress ini.
- Mendengar muzik ialah satu cara yang terbaik. Tak kira apa saja jenis muzik asalkan anda merasa tenang dan teruja apabila mendengar alunan muzik tesebut. Ada yang mengatakan muzik ini baik didengar semasa pagi. Anda boleh pasang radio semasa perjalanan ke tempat kerja. Tetapi semasa mendengar radio elakkan mendengar berita yang buruk. (muzik terbaik, alunan al-quran)
- Bau-bauan juga dapat menghilang stress anda. Dapatkan bau yang wangi dan menenangkan anda seperti bunga atau aroma yang dijual di kedai. Ini boleh dikatakan terapi. Adalah baik jika anda letakkan bau-bauan yang memberi aroma yang menarik di bilik anda atau berhampiran dengan tempat anda berehat.
- Bersembang atau bercakap adalah salah satu cara terbaik. Jika anda menghadapi suasana tegang adalah baik anda berehat seketika dan bersembang dengan kenalan anda. Adalah lebih baik jika anda dapat bercakap perkara yang tiada kena mengena dengan masalah anda. Bercakap perkara-perkara yang lucu atau perkara yang buat anda gembira. (elakkan mengumpat)
- Menangis juga dapat menghilangkan stress anda. Bagi perempuan mungkin tiada masalah untuk melakukan ini. Mengikut kajian air mata yang keluar mempunyai chemical yang boleh meredakan stress anda. Bagi lelaki anda bolah mencubanya. :-)
Mungkin banyak lagi cara-cara nak hilangkan stress bergantung kepada cara masing-masing.
So lepaskan stress anda dan tanganinya dengan bijak
n_n
2 comments:
lagi 1 asma'... makan bebanyak.. hehehe...
hehe lupa lak... padahal slalu buat n_n
Post a Comment